Pantun Nasihat (Part 1)


Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman (Part 1)


 
 Angin teluk menyisir pantai 
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai 
    Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik              
   Hendak menjerat kancil dan rusa          
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi                 
   Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da     
    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir 
    Dibawa orang dari hulu 
Sebarang kerja hendak difikir          
   Supaya jangan mendapat malu  

Kemumu di tengah pekan          
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan 
   Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu 
   Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap              
   Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap           
   Jikalau silap awak yang bencana
  
Hendak belayar ke Teluk Betong            
   Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung           
   Bulat manusia kerana muafakat 

 Pakai baju warna biru         
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
    Ditiup angin dari Selatan    
Layar dikembang kemudi dipaut  
    Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu 
   Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
   Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar 
   Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar            
  Tentu kita akan berjaya    

Jangan pergi mandi di lombong          
   Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
   Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
    Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
    Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti 
   Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati            
   Kerja yang susah menjadi senang  

Asam kandis mari dihiris            
    Manis sekali rasa isinya    
Dilihat manis dipandang manis
    Lebih manis hati budinya  

Posted by
Unknown

More

Soalan Ujian Pemahaman Set 1

Assalamualaikum,
Post kali ini bertujuan untuk mempertingkatkan Pemahaman para pelajar dengan menjawab soalan - soalan dibawah. Selamat Mencuba!

___________________________________________________________________________________
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar
            dalam akhbar tu. Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus -putus keluar cerita tentang ular sawa
           dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang
            ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu
            barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk penjara        pula!


1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
  a. Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
  b. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
  c. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
  d. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
  a. menakutkan
  b. menggemparkan
  c. menghairankan
  d. menyeronokkan

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
  a. ular sawa menelan gajah
  b. ular sawa menelan kambing
  c. ular sawa menelan ayam
  d. ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa?
  a. Denda sehingga RM3 000
  b. Dikenakan hukuman penjara.
  c. Dihukum penjara dan denda RM3 000 
  d. Denda RM3 000 atau dihukum penjara

5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
  a. hukumannya sangat berat.
  b. ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
  c. kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
  d. kita boleh dihukum penjara



__________________________________________________________________________________






JAWAPAN :
1. C
2. B
3. A
4. C
5. B



*** BANK SOALAN DAN NOTA ***

Posted by
Unknown

More

40 Nilai-nilai Murni


1.       Adil
2.       Amanah
3.       Baik Hati
4.       Bekerjasama
5.       Berani 
6.       Berazam / Bercita-cita Tinggi
7.       Berdikari
8.       Berdisiplin
9.       Berhati-hati 
10.   Berhemah Tinggi
11.   Berjimat Cermat
12.   Bersatu padu
13.   Bersimpati
14.   Bersopan santun / Peramah
15.   Bersyukur
16.   Bertanggungjawab
17.   Berterima Kasih
18.   Bertoleransi
19.   Ikhlas
20.   Jujur
21.   Kasih Sayang
22.   Kebebasan
23.   Kesederhanaan
24.   Mematuhi Undang-undang
25.   Mencintai alam sekitar
26.   Menepati Masa
27.   Menghargai Masa
28.   Menghormati
29.   Menjaga kebersihan
30.   Menjaga Maruah / Harga diri
31.   Patriotik
32.   Pemurah
33.   Prihatin
34.   Rajin / Tekun
35.   Rasional
36.   Sabar
37.   Taat / Patuh
38.   Tabah / Cekal
39.   Tolong menolong
40.   Yakin

Posted by
Unknown

More

Ayat Aktif & Ayat Pasif



1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
4. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.


Untuk keterangan lebih lanjut mengenai  Ayat Aktif & Ayat Pasif

Posted by
Unknown

More
Powered by Blogger.

Copyright © / Cikgu Zanariah

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger