40 Nilai-nilai Murni


1.       Adil
2.       Amanah
3.       Baik Hati
4.       Bekerjasama
5.       Berani 
6.       Berazam / Bercita-cita Tinggi
7.       Berdikari
8.       Berdisiplin
9.       Berhati-hati 
10.   Berhemah Tinggi
11.   Berjimat Cermat
12.   Bersatu padu
13.   Bersimpati
14.   Bersopan santun / Peramah
15.   Bersyukur
16.   Bertanggungjawab
17.   Berterima Kasih
18.   Bertoleransi
19.   Ikhlas
20.   Jujur
21.   Kasih Sayang
22.   Kebebasan
23.   Kesederhanaan
24.   Mematuhi Undang-undang
25.   Mencintai alam sekitar
26.   Menepati Masa
27.   Menghargai Masa
28.   Menghormati
29.   Menjaga kebersihan
30.   Menjaga Maruah / Harga diri
31.   Patriotik
32.   Pemurah
33.   Prihatin
34.   Rajin / Tekun
35.   Rasional
36.   Sabar
37.   Taat / Patuh
38.   Tabah / Cekal
39.   Tolong menolong
40.   Yakin

Ayat Aktif & Ayat Pasif



1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
4. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.


Untuk keterangan lebih lanjut mengenai  Ayat Aktif & Ayat Pasif

Ayat Tunggal & Ayat Majmuk





Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu sedang menembak burung.
            
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat sedang menembak burung.


Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut : Ayat Tunggal & Ayat Majmuk

Bahan-bahan untuk Bahasa Melayu

33 Kunci Kejayaan



33 KUNCI KEJAYAAN YANG PERLU ADA DALAM DIRI SETIAP PELAJAR




SEBELUM PERGI KE SEKOLAH DAN SEWAKTU BERADA DI SEKOLAH

1. Tetapkan matlamat anda dengan jelas iaitu mendapat berapa A dalam       


    peperiksaan yang bakal anda duduki.

2. Yakinkan diri anda bahawa ssg anda boleh menjadi pelajar yang cemerlang  


    seperti pelajar-pelajar lain yang ingin berjaya

3. Bercita-cita tinggi. Letakkan cita-cita yang tinggi kerana penting mendorong  


    anda untuk terus berazam dan berusaha.

4. Berazam bersungguh-sungguh untuk berjaya.

5. Berdisiplin dalam apa jua perkara terutama yang melibatkan pelajaran kerana  


    disiplin merupakan asas kejayaan anda.

6. Lakukan semua tugas dan tanggungjawab anda dengan bersungguh-sungguh
    Mulakan dari sekarang. Jangan bertangguh kerana bertangguh penghalang  

    kejayaan.


SEWAKTU BELAJAR DAN SEWAKTU BERADA DALAM KELAS




7.  Berniatlah setiap kali melangkah untuk pergi ke sekolah dan pintu pagar sekolah serta di pintu kelas kerana setiap amalan kalau dimulakan dengan niat pasti mendapat keberkatan.



8.  Lakukan senaman ringkas sekurang-kurangnya tarik nafas 3 kali sebelum belajar dan amalkan selalu minum air sejuk sewaktu berada di dalam kelas kerana baik untuk kecerdasan otak, elakkan mengantuk dan letih.



9.  Hormatilah guru sepenuhnya kerana ilmu yang anda peroleh datangnya dari guru anda. Tanpa guru, anda tidak akan menjadi pelajar yang cemerlang 


10.Berikan tumpuan sepenuhnya sewaktu berada dalam kelas terutama sewaktu guru sedang mengajar.


11.Jangan takut untuk bertanya sekiranya ada yang anda tidak faham. Lebih banyak yang anda tidak faham dan gagal selesaikan secepat mungkin, maka bertambahlah masalah anda dalam menguasai sesuatu mata pelajaran. Anda juga perlu mengetahui kaedah belajar yang efektif serta teknik menjawab soalan yang berkesan.



12.Berusahalah agar cepat faham apa yang diajarkan oleh guru dengan menggunakan anggota badan yang terlibat sepenuhnya seperti mata, tangan dan telinga.



13.Elakkan daripada letih, mengantuk serta tidak bersemangat sewaktu anda sedang belajar.



14.Pastikan semangat belajar dan tumpuan anda berterusan di dalam kelas.

15.Siapkan semua latihan yang diberikan kepada anda dengan bersungguh-sungguh. Lakukan dengan penuh keikhlasan.



16.Bantulah rakan-rakan anda yang memerlukan pertolongan terutama yang melibatkan pelajaran kerana membantu rakan-rakan secara tidak langsung dan pasti akan mendapat lebih banyak kebaikan dan keberkatan. 



17.Berbincanglah dengan rakan-rakan terutama melibatkan pelajaran.

18.Jangan sekali-kali bermain, mengganggu rakan-rakan atau melakukan perkara 


     yang membazirkan sewaktu berada di dalam kelas.

19.Ucapkan terima kasih setiap kali selepas guru mengajar anda dan sebelum ujian tidak salah anda mengucapkan perkataan seperti ini iaitu “cikgu, halalkan semua ilmu yang telah cikgu ajarkan kepada saya serta doakan kejayaan saya”


SEWAKTU SEKOLAH TERUTAMA SEWAKTU BERADA DI RUMAH

20. Jagalah pemakanan harian anda. Elakkan makanan yang tidak berkhasiat.

21. Jagalah kesihatan agar anda sentiasa cergas dan cerdas.

22. Uruslah masa anda dengan tersusun.

23. Buatlah jadual harian dan jadual yang dapat anda ikuti sepenuhnya.

24. Penuhi masa anda dengan aktiviti yang berfaedah. Buat ulang kaji. 

25. Menghadiri kelas tambahan dan banyakan membaca.
26. Carilah suasana yang dapat membantu anda belajar dengan tenang.


27. Pastikan semua keperluan anda ada seperti buku rujukan, buku latihan, pen, pensel, pembaris dan pemadam tersusun.


28. Kurangkan aktiviti yang boleh melekakan anda menonton televisyen, bermain dan lain-lain.


29. Bertanyalah kepada ibu bapa, adik-beradik atau mereka yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelajaran seperti tidak memahami sesuatu perkataan.



AMALAN-AMALAN LAIN YANG SANGAT PENTING MESTI ANDA AMALKAN

30. Lakukan semua perintah Allah dengan penuh kesungguhan, terutama solat anda.


31. Jadilah pelajar yang berakhlak mulia seperti menghormati kedua ibu bapa sepenuhnya. Jangan sekali-kali anda melawan, ingkar atau melakukan perbuatan yang menyebabkan kedua ibu bapa merasa tidak gembira dan
tertekan.


32. Hormatilah semua orang yang lebih tua dari anda dan yang paling penting eratkan hubungan dengan adik-beradik anda serta saudara mara dan sahabat handai.


33. Sentiasa berdoa dalam setiap perkara yang anda lakukan. Ingatlah! Berdoa sesuatu yang dituntut terutama bagi penganut agama Islam. Jadilah manusia yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah dalam semua urusan. Insya allah anda pasti berjaya dunia dan akhirat

Powered by Blogger.

Copyright © / Cikgu Zanariah

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger