33 KUNCI KEJAYAAN YANG PERLU ADA DALAM DIRI SETIAP PELAJAR
SEBELUM PERGI KE SEKOLAH DAN SEWAKTU BERADA DI SEKOLAH
1. Tetapkan matlamat anda dengan jelas iaitu mendapat berapa A dalam
peperiksaan
yang bakal anda duduki.
2. Yakinkan diri anda bahawa ssg anda boleh menjadi pelajar yang cemerlang
seperti
pelajar-pelajar lain yang ingin berjaya
3. Bercita-cita tinggi. Letakkan cita-cita yang tinggi kerana penting mendorong
anda untuk terus berazam dan berusaha.
4. Berazam bersungguh-sungguh untuk berjaya.
5. Berdisiplin dalam apa jua perkara terutama yang melibatkan pelajaran kerana
disiplin merupakan asas kejayaan anda.
6. Lakukan semua tugas dan tanggungjawab anda dengan bersungguh-sungguh
Mulakan dari sekarang. Jangan bertangguh kerana bertangguh penghalang
kejayaan.
SEWAKTU BELAJAR DAN SEWAKTU BERADA DALAM KELAS
7. Berniatlah setiap kali melangkah untuk pergi ke sekolah dan pintu pagar sekolah
serta di pintu kelas kerana setiap amalan kalau dimulakan dengan niat pasti mendapat
keberkatan.
8. Lakukan senaman ringkas sekurang-kurangnya tarik nafas 3 kali sebelum belajar
dan amalkan selalu minum air sejuk sewaktu berada di dalam kelas kerana baik
untuk kecerdasan otak, elakkan mengantuk dan letih.
9. Hormatilah guru sepenuhnya kerana ilmu yang anda peroleh datangnya dari guru
anda. Tanpa guru, anda tidak akan menjadi pelajar yang cemerlang
10.Berikan tumpuan sepenuhnya sewaktu berada dalam kelas terutama sewaktu guru
sedang mengajar.
11.Jangan takut untuk bertanya sekiranya ada yang anda tidak faham. Lebih banyak
yang anda tidak faham dan gagal selesaikan secepat mungkin, maka bertambahlah
masalah anda dalam menguasai sesuatu mata pelajaran. Anda juga perlu mengetahui
kaedah belajar yang efektif serta teknik menjawab soalan yang berkesan.
12.Berusahalah agar cepat faham apa yang diajarkan oleh guru dengan menggunakan
anggota badan yang terlibat sepenuhnya seperti mata, tangan dan telinga.
13.Elakkan daripada letih, mengantuk serta tidak bersemangat sewaktu anda sedang
belajar.
14.Pastikan semangat belajar dan tumpuan anda berterusan di dalam kelas.
15.Siapkan semua latihan yang diberikan kepada anda dengan bersungguh-sungguh.
Lakukan dengan penuh keikhlasan.
16.Bantulah rakan-rakan anda yang memerlukan pertolongan terutama yang melibatkan
pelajaran kerana membantu rakan-rakan secara tidak langsung dan pasti akan
mendapat lebih banyak kebaikan dan keberkatan.
17.Berbincanglah dengan rakan-rakan
terutama melibatkan pelajaran.
18.Jangan sekali-kali bermain, mengganggu rakan-rakan atau melakukan perkara
yang
membazirkan sewaktu berada di dalam kelas.
19.Ucapkan terima kasih setiap kali selepas guru mengajar anda dan sebelum ujian
tidak salah anda mengucapkan perkataan seperti ini iaitu “cikgu, halalkan semua
ilmu yang telah cikgu ajarkan kepada saya serta doakan kejayaan saya”
SEWAKTU SEKOLAH TERUTAMA SEWAKTU BERADA DI RUMAH
20. Jagalah pemakanan harian anda. Elakkan makanan yang tidak berkhasiat.
21. Jagalah kesihatan agar anda sentiasa cergas dan cerdas.
22. Uruslah masa anda dengan tersusun.
23. Buatlah jadual harian dan jadual yang dapat anda ikuti sepenuhnya.
24. Penuhi masa anda dengan aktiviti yang berfaedah. Buat ulang kaji.
25. Menghadiri
kelas tambahan dan banyakan membaca.
26. Carilah suasana yang dapat membantu anda belajar dengan tenang.
27. Pastikan semua keperluan anda ada seperti buku rujukan, buku latihan, pen, pensel,
pembaris dan pemadam tersusun.
28. Kurangkan aktiviti yang boleh melekakan anda menonton televisyen, bermain dan
lain-lain.
29. Bertanyalah kepada ibu bapa, adik-beradik atau mereka yang dapat membantu anda
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelajaran seperti tidak memahami sesuatu
perkataan.
30. Lakukan semua perintah Allah dengan penuh kesungguhan, terutama solat anda.
31. Jadilah pelajar yang berakhlak mulia seperti menghormati kedua ibu bapa sepenuhnya. Jangan sekali-kali anda melawan, ingkar atau melakukan perbuatan yang
menyebabkan kedua ibu bapa merasa tidak gembira dan
tertekan.
32. Hormatilah semua orang yang lebih tua dari anda dan yang paling penting eratkan
hubungan dengan adik-beradik anda serta saudara mara dan sahabat handai.
33. Sentiasa berdoa dalam setiap perkara yang anda lakukan. Ingatlah! Berdoa sesuatu
yang dituntut terutama bagi penganut agama Islam. Jadilah manusia yang sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah dalam semua urusan. Insya allah anda pasti
berjaya dunia dan akhirat
0 comments:
Post a Comment